MCA Anjur Program Anak Angkat Di Hulu Selangor - Semasa | mStar

MCA Anjur Program Anak Angkat Di Hulu Selangor

MELAKA: MCA akan menganjurkan program anak angkat di kampung baru masyarakat Cina di kawasan Parlimen Hulu Selangor bagi mendekatkan lagi hubungan dengan pengundi yang akan mengundi pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 25 April ini.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, melalui program itu anggota MCA terlibat akan turut menyampaikan maklumat tepat mengenai dasar kerajaan dan maklumat lain yang berkaitan kepada pengundi.

"Kita sudah membuat persiapan rapi, kita mengadakan kempen setiap hari sekarang untuk dekatkan lagi dengan pengundi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Liow yang juga Menteri Kesihatan menghadiri majlis perasmian Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, di Bandar Hilir di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Pilihan raya kecil kerusi parlimen itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 17 April ini.

Liow berkata MCA akan bekerjasama dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional berkempen bagi memastikan calon BN menang pada pilihan raya kecil itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain