suria

'Harimau' Jadi Buruan Pencari Harta Karun Kiwanis Pada 12 Jun

PETALING JAYA: Acara mencari harta karun Kiwanis dari sini ke Tasik Kenyir di Terengganu pada 12 Jun ini akan memberi tumpuan kepada harimau.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur K.H. Wan berkata, kebanyakan soalan adalah mengenai harimau sejajar dengan hasrat Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia untuk meningkatkan kesedaran orang ramai supaya tidak membunuh haiwan itu dan melindungi habitatnya.

Acara anjuran Kelab Kiwanis Kuala Lumpur itu terhad kepada 100 kereta pertama, dengan setiap peserta dikenakan bayaran RM370.

Penaung Pusat Yayasan Sindrom Down Kiwanis, Toh Puan Ena Ling berkata, penganjur berharap dapat mengumpul RM300,000 tahun ini berbanding RM290,000 tahun lepas.

Mereka yang berminat boleh memuat turun borang menerusi www.kckl.org.my atau menghubungi penganjur di talian 03-2282 3898 dan 019-333 8332. - BERNAMA

Artikel Lain