Empat Remaja Perempuan Hilang Di Kuala Lumpur - Semasa | mStar

Empat Remaja Perempuan Hilang Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan empat remaja perempuan yang dilaporkan hilang di sekitar Jinjang dan Cheras. Yang hilang di Jinjang ialah Ng Kha Yee, 14, yang beralamat terakhir di B-15-1 Pelangi Indah Kondo Batu 4 1/2 dan Siti Syahira Sakri, 14, dari No 17, Tingkat 7 Blok PPR, Pekan Batu.

Sementara yang hilang di Cheras pula dikenali sebagai Nur Fatimah Berhanudin, 15, dari A-3A Blok A Seksyen 4 Bandar Bukit Mahkota Kajang dan Nur Shahirah Abu Bakar, 13, dari Blok 66-06-601 Flat Sri Sabah, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL).

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti Jamilah Aziz di talian 013-3279020 atau 03-21460698 atau Sarjan Siti Hawa Karim di talian 012-3671209 atau 012-6906525.

Mereka juga boleh menghubungi Bahagian Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak IPKKL atau Bilik Gerakan IPKKL di talian 03-21460584/585, talian hotline Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 atau menerusi SMS yang dihantar ke 32728 atau sebarang balai polis berhampiran. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel