Musa Hassan Nafi Letak Jawatan - Semasa | mStar

Musa Hassan Nafi Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan bahawa beliau meletakkan jawatannya sambil mempersoalkan sumber maklumat tidak sahih itu diperoleh.

Beliau menegaskan tiada sebarang surat peletakan jawatan diserahkannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau sesiapa sahaja.

"Saya mahu tahu sumber manakah maklumat itu diperoleh, saluran rasmi atau bawah tanah.

"Saya tahu ia bukan daripada Kementerian Dalam negeri selepas saya periksa dengan Ketua Setiausaha, Datuk Mahmood Adam yang menafikan ada maklumat mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar bahasa Cina yang melaporkan Musa dijangka melepaskan jawatannya pada 25 Mac iaitu ketika sambutan Hari Polis.

Beliau sebelum ini dilanjutkan kontraknya setahun lagi tahun dan dijadualkan bersara pada September depan.

Laporan yang memetik sumber itu berkata, Najib dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima keputusannya itu.

Sementara itu, Musa menegaskan, laporan itu diterbitkan dengan memperoleh maklumat daripada saluran tidak rasmi termasuk 'bawah tanah' seolah-olah seperti sindiket yang disifatkan memalukan negara.

Katanya, jika maklumat-maklumat tidak sahih seperti itupun boleh dimanipulasi termasuk kedudukan Ketua Polis Negara maka ia adalah bencana kepada negara ini.

"Saya telah arahkan pegawai saya memeriksa dengan akhbar terbait dan mendapati sumber mereka telah memberikan maklumat yang tidak tepat," jelas beliau.

Dalam pada itu di Kuala Terengganu pagi ini, Hishammuddin menolak dakwaan mengenai peletakan jawatan Musa itu.

Malah beliau sendiri akan bertanya kepada pengarang akhbar terbabit motif di sebalik laporan itu dibuat.

Bagaimanapun beliau mengakui terdapat perubahan dalam dalam pasukan berkenaan dalam masa terdekat termasuk pertukaran pegawai-pegawai kanan polis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.