suria

Gitaris Kumpulan Rock Ditahan Positif Dadah

PETALING JAYA: Belum selesai kes seorang pelakon ditahan reman kerana terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, timbul pula kes seorang lagi selebriti, gitaris kumpulan rock ditahan reman pada pagi Sabtu.

Lelaki itu ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu dan ganja di sebuah rumah di Flora Damansara, di sini setelah disahkan positif saringan awal ujian air kencing.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sini, Deputi Supritendan Maimunah Abu Bakar, gitaris itu ditahan oleh penduduk ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di situ.

“Selepas dia ditahan, dia terus dibawa ke Balai Polis Damansara. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Setakat ini, dia mungkin ditahan selama tiga hari dan segala keputusan bergantung kepada pihak mahkamah.

“Selain melakukan soal siasat, kami juga sedang menunggu keputusan ujian air kencing dari pihak hospital,” katanya ketika dihubungi oleh mStar Online.

Semalam, seorang pelakon popular yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik dan juga anak kepada aktres veteran terkenal kini ditahan reman kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000.

Aktor berusia 31 tahun itu ditahan di kondominium mewahnya di Jalan Segambut pada Khamis.

Dalam serbuan tersebut, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah.

Pelakon itu dicekup bersama teman wanitanya berusia 24 tahun di tempat meletak kereta di kondominium tersebut pada pukul 2.30 pagi Khamis setelah polis mendapat maklumat daripada orang ramai.

Artikel Berikut

Artikel Lain