Pemandu Jengkaut Maut Kenderaan Jatuh Lombong - Semasa | mStar

Pemandu Jengkaut Maut Kenderaan Jatuh Lombong

IPOH: Seorang pemandu jengkaut maut apabila kenderaan yang dipandunya itu tercampak ke dalam sebuah lombong di Taman Temara, Pasir Putih dekat sini, hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi ketika Wong Kam Wah, 51, sedang meratakan tanah di tepi lombong itu.

"Wong memandu jengkaut untuk meratakan tanah di permukaan lombong tinggal itu apabila tebing lombong tiba-tiba runtuh menyebabkan mangsa bersama kenderaannya tercampak ke dalam lombong," kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias.

Beliau berkata, mayat Wong dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

Sementara itu, seorang penunggang motosikal, Mohamad Bakri Mohamad Kasim, 52, terbunuh setelah terbabas berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Simpang Pulai-Gopeng semalam.

Azisman berkata, kejadian berlaku pada kira kira pukul 8.30 malam ketika lelaki itu dalam perjalanan dari Simpang Pulai ke rumahnya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Penganut Hindu Sambut Maasi Magam

Artikel Berkaitan

Artikel Lain