suria

Polis Bongkar Kegiatan Curi Motosikal

KAMPUNG GAJAH: Polis membongkar kegiatan curi motosikal bagi mendapatkan alat ganti untuk kegiatan lumba haram berikutan penemuan 17 rangka kenderaan itu dalam tali air di simpang Jalan Fasa 10, Changkat Lada, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Muhammad Fakri Che Sulaiman berkata kesemua komponen motosikal seperti enjin, karburator dan roda sudah dileraikan dan dipercayai diguna sebagai alat ganti untuk pengubahsuaian motosikal yang menyertai lumba haram.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua motosikal itu dicuri di kawasan Teluk Intan, Kampung Gajah, Jejawi, Seberang Perak, Simpang Renggam, Kamunting dan Sitiawan.

"Sebahagian besar motosikal itu dari jenis Modenas Kriss dan Honda EX5 dan kami mendapati kegiatan itu di lakukan oleh remaja," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain