suria

Elak Sekatan, Pelajar Maut Motosikal Dilanggar Kereta

KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan lima yang dipercayai cuba mengelak sekatan jalan raya, maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta di Kilometer 50.5, Jalan Kuantan-Maran, dekat Paya Bungor di sini, semalam.

Pegawai Turus Trafik Pahang, Deputi Supritendan Mohd Najid Jusoh berkata, dalam kejadian kira-kira 2.35 pagi itu, Mohd Aznil Mohd Subri, 15, sedang dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Maran sebelum menyedari terdapat satu sekatan jalan raya dilakukan polis.

"Mangsa cuba membuat pusingan U untuk berpatah balik, namun secara tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Wira yang tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mohd Najid berkata, pelajar itu yang mengalami kecederaan parah di bahagian tulang belakang dan punggung, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

"Mengikut siasatan awal, mangsa didapati tidak mempunyai lesen memandu," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain