Tidak Perlu Umno Beritahu Rakyat Masalah Pembangkang - Shafie Afdal - Semasa | mStar

Tidak Perlu Umno Beritahu Rakyat Masalah Pembangkang - Shafie Afdal

KOTA KINABALU: Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain hanya perlu bekerja untuk rakyat dan bukannya membangkitkan dilema yang kini dihadapi oleh pembangkang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata "keadaan rapuh" dalam kalangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang bukanlah urusan Umno.

"Adalah penting untuk kita menyampaikan... memberi khidmat terbaik kita kepada rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan kita.

"Dengan cara itu, rakyat akan tahu bahawa kita adalah kerajaan yang mengambil berat kebajikan mereka, pemimpin rakyat yang boleh dipercayai dan dapat memberi khidmat terbaik tanpa perlu memberitahu mereka bahawa pembangkang tidak boleh dipercayai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri jamuan malam sempena Tahun Baru Cina anjuran Gabungan Persatuan-persatuan Cina Sabah (FCAS) di sini malam tadi.

Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, diminta mengulas mengenai tindakan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang keluar daripada PKR Jumaat lepas.

"Jelas bahawa apa yang berlaku dalam parti itu disebabkan masalah yang membelenggu mereka.

"Ia tiada kena mengena dengan kita (Umno)," kata Shafie, sambil menambah Umno tidak pernah mempengaruhi anggota pembangkang supaya meninggalkan parti mereka.

"Setahu saya, Zahrain memutuskan untuk menjadi Anggota Parlimen Bebas di kawasan pilihan rayanya. Tiada sebarang tanda bahawa beliau akan menyertai Umno atau mana-mana parti komponen BN," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Sesak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain