suria

Wanita Ditemui Mati Lemas Di Sg Pahang

TEMERLOH: Seorang wanita ditemui mati lemas di Sungai Pahang dekat Kampung Tanjung Batu di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Ahmad Fadilah Mohamad berkata mayat wanita berusia 60-an itu ditemui tersangkut pada sebatang pokok buluh di sungai berkenaan pada pukul 8.20 pagi oleh orang awam.

Beliau berkata wanita yang belum dikenalpasti identitinya itu dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lepas.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat, katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Fadilah meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain