suria

Dua Wanita Maut Motosikal Yang Dinaiki Rempuh Treler

IPOH: Dua wanita terbunuh apabila motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di satu simpang empat di Jalan Ipoh-Gopeng hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata dalam nahas pada 5.15 pagi tadi, Nirmala Krishnan 36, berasal dari Bidor dan pemboncengnya Vasathi Krishnan, 24, berasal dari Kuala Lumpur, meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Azisman berkata pemandu treler berusia 30-an telah membuat laporan polis.

Dalam satu kes lain, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki yang lumpuh separuh badan yang mayatnya ditemui petang semalam di kawasan setinggan Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2, Jelapang di sini.

Azisman berkata lelaki tersebut yang berusia 30-an ditahan berhampiran kawasan rumah mangsa pada 2 petang tadi.

Dalam kejadian semalam, S.Kanavathy, 53, ditemui mati dalam sebuah tokong. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain