Majlis Peguam Yakin Isu Penggunaan Kalimah Allah Akan Dapat Diselesaikan

PUTRAJAYA: Majlis Peguam yakin isu penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katolik, Herald, akan dapat diselesaikan, kata Presidennya Ragunath Kesavan.

Beliau berkata perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan pihaknya di pejabat Perdana Menteri di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

"Perdana Menteri memberi jaminan isu tersebut akan dapat diselesaikan. Beliau faham masalah itu dari keduadua belah pihak. "Kita tunggu dan lihat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Najib selama kira-kira setengah jam, di sini.

Antara wakil Majlis Peguam yang lain ialah Naib Presidennya Lim Chee Wee dan Setiausahanya George Varughese.

Ragunath berkata pada pertemuan itu, pihaknya turut mencadangkan penubuhan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat guaman.

"Sesiapa yang tidak mampu untuk membayar peguam, boleh mendapatkan bantuan melalui yayasan tersebut.

"Berdasarkan statistik, kira-kira 80 peratus orang yang dihadapkan ke mahkamah tidak mempunyai peguam untuk membela mereka. Ia merupakan statistik yang tinggi," katanya.

Beliau berkata Najib memberi jaminan untuk menimbang cadangan penubuhan yayasan itu yang dijangka akan ditubuhkan pada tahun ini.

Selain itu, katanya, fasa pertama projek, Perlembagaanku, telah dilancarkan dua bulan lalu, yang bertujuan memberi kefahaman kepada rakyat di negara ini mengenai Perlembagaan Malaysia.

Ragunath berkata pada pertemuan itu, pihaknya memohon kerjasama dan bantuan kewangan daripada kerajaan kerana melalui projek itu ia akan memberi kesedaran dan membantu rakyat Malaysia memahami isuisu perlembagaan, hak asasi, kedudukan agama Islam dan sebagainya.

"Perdana Menteri berjanji akan memberi pertimbangan dan mengkaji cadangan itu serta berjanji akan membawa perkara itu ke Kabinet," katanya.

Beliau berkata, turut dibincangkan ialah mengenai badan kehakiman di negara ini yang mula mendapat keyakinan daripada masyarakat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain