PLUS Beri Diskaun Tol Tambahan Sempena Krismas - Semasa | mStar

PLUS Beri Diskaun Tol Tambahan Sempena Krismas

PETALING JAYA: PLUS Expressways Berhad akan memberi diskaun tol tambahan hampir 20 peratus apabila pengguna keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya ELITE antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi mulai 22 hingga 30 Disember ini.

Diskaun sempena cuti perayaan Krismas yang diberikan kepada pengguna kenderaan kelas 1 itu adalah tambahan kepada diskaun 10 peratus yang sedia ada di kedua-dua lebuh raya tersebut di luar waktu puncak setiap hari.

Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad, Noorizah Abd Hamid dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, diskaun itu adalah sebahagian daripada Program Insentif Perjalanan PLUS untuk menghargai pengguna lebuh raya, terutamanya pada musim perayaan.

"Program Insentif Perjalanan PLUS juga bertujuan untuk mengagihkan aliran trafik ke waktu luar puncak, sekaligus membolehkan pelanggan menikmati perjalanan yang lebih selesa dan lebih lancar.

"Ia juga memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan dan menikmati nilai tambahan dengan bayaran tol yang lebih rendah pada hari dan waktu yang ditetapkan," katanya.

Bagi perjalanan kenderaan kelas 1 dari Plaza Tol Sungai Besi (Kuala Lumpur) ke Skudai (Johor), pengguna hanya dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM33.60 sekiranya keluar dari lebuh raya antara 12 malam hingga 7 pagi pada tarikh yang disebutkan berbanding RM41.30 yang dikenakan pada waktu biasa.

Dalam pada itu, PLUS juga menasihatkan pengguna yang bercadang untuk memandu pada waktu malam atau awal pagi agar mengambil langkah-langkah keselamatan.

"Pemandu perlu merancang perjalanan mereka, mendapatkan rehat yang cukup di samping memastikan keadaan fizikal dan kenderaan mereka bersedia untuk perjalanan pada waktu malam," kata Noorizah.

Untuk keterangan lanjut, pemandu diminta hubungi Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS Expressway Berhad Khalilah Mohd Talha di talian 019-2630680. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain