suria

Ibu bapa Diminta Pastikan Pengendali Tadika Boleh Dipercayai

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta ibu bapa agar memperiksa terlebih dahulu permit pengendali Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) sebelum mendaftar anak mereka di Tadika pilihan mereka.

Beliau berkata ibu bapa perlu mendaftar anak mereka di Tadika yang boleh dipercayai dan mutu pengajarannya diiktiraf oleh pihak berkuasa.

"Mereka tidak perlu takut untuk memeriksa permit pengendali Tadika kerana mereka bertanggungjawab di atas keselamatan dan pembangunan anakanak mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar Selasa lalu mengenai pengendali sebuah Tadika di Pulau Pinang yang didakwa beroperasi secara tidah sah dan mengambil kesempatan merogol seorang kanak-kanak Tadika berkenaan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku April tahun lalu.

Sharizat juga kesal kerana siasatan kes tersebut masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa sehingga kini.

Beliau berkata mengikut statistik polis, kes penderaan, mencabul kehormatan dan merogol kanakkanak meningkat kepada 2, 193 kes tahun lalu berbanding 2, 236 pada 2005.

Sepanjang tujuh bulan tahun ini sahaja, 2,193 kes dilaporkan kepada polis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Adun Melor Kini Dirawat Di HUSM

Artikel Lain