Lima penjenayah kumpulan samun mati ditembak - Semasa | mStar

Lima penjenayah kumpulan samun mati ditembak

SHAH ALAM: Polis menembak mati lima penjenayah termasuk ketua kumpulan itu yang hanya dikenali 'PCO Boy' yang dipercayai dalam perjalanan untuk melakukan samun di Sungai Keramat, Jalan Kapar, Klang Utama, dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 12.30 pagi itu, kesemua suspek menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa dan cuba merempuh sepasukan anggota polis yang cuba menahan mereka untuk pemeriksaan sebelum memecut.

Pada ketika itu, polis mengejar kereta suspek sebelum salah seorang penjenayah melepaskan tembakan ke arah anggota polis dan polis terpaksa membalas tembakan.

Kereta suspek kemudian terbabas dan melanggar penghadang di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop berkata kelimalima lelaki itu aktif dalam kegiatan merompak sejak setahun lepas dan kereta itu hilang kawalan selepas pemandu kereta terkena tembakan.

Katanya polis menemui sepucuk pistol jenis Remington bersama tiga butir peluru, enam bilah pisau dan pedang samurai dalam kereta suspek yang dilaporkan curi di Kajang pada 2 Nov lalu.

Katanya identiti suspek tidak dapat dipastikan kerana tiada dokumen pengenalan diri manakala ketua kumpulan itu yang hanya dikenali "PCO Boy" mempunyai 13 rekod jenayah lampau dan dikehendaki dalam sembilan kes samun.

Kesemua mayat penjenayah itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Hospital di sini untuk dibedah siasat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain