suria

Bekas Menteri selamat mangsa culik dan rogol

GEORGE TOWN: Seorang remaja yang menjadi mangsa culik dan rogol berjaya diselamatkan oleh seorang bekas Menteri dari MCA apabila dia berlari meminta pertolongan di kawasan Rehat Slim River Lebuh Raya Utara-Selatan selepas memperdayakan dua lelaki yang menculiknya yang dia tidak tahan hendak membuang air kecil.

Perempuan berusia 19 tahun itu terserempak dengan Datuk Seri Ong Ka Chuan di kawasan rehat tersebut telah merayu supaya menyelamatkannya daripada dua orang penculik yang telah merogolnya.

Ka Chuan dengan segera membawanya ke Balai Polis Slim River dalam kejadian kira-kira 1 petang semalam (Khamis).

Setiausaha Ka Chuan, Quaik Chong Yu ketika dihubungi oleh akhbar The Star telah mengesahkan kejadian itu.

Mimpi ngeri remaja itu bermula pada tengah malam Rabu apabila dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis menahannya dan juga teman lelakinya dekat Jalan Patani di sini.

Ketua Polis Negeri, Timbalan Pesuruhjaya Polis Datuk Wira Ayub Yaakob ketika mengesahkan kejadian itu berkata, penjenayah berkenaan memberi alasan remaja itu diperlukan untuk membantu satu siasatan dan terus membawanya pergi dari kawasan di mana dia ditahan.

Mereka kemudian membawanya ke sebuah hotel di Alor Setar di mana mereka kemudiannya merogol remaja berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, mereka kemudiannya telah membawanya menuju ke arah Selatan melalui Lebuh Raya Utara-Selatan dan hanya berhenti di kawasan Rehat Slim River apabila mangsa memberi alasan tidak tahan untuk ke bilik air.

“Bagaimanapun menyedari mangsa telah membuat laporan polis, salah seorang daripada lelaki berkenaan yang berusia 36 tahun, kemudiannya telah pergi ke balai polis yang sama dan membuat satu laporan polis ke atas remaja berkenaan dengan mendakwa mereka tidak merogolnya tetapi sebaliknya telah membayar untuk perkhidmatan yang dia berikan,” kata DCP Ayub.

Ekoran kejadian itu, pihak polis telah menahan lelaki berkenaan manakala rakan sekutunya telah berjaya ditangkap pada jam 3 pagi semalam berhampiran Seri Manjung.

“Berdasarkan rekod polis, lelaki berusia 36 tahun itu mempunyai 13 rekod jenayah dan ingin saya tegaskan di sini, kedua-dua mereka bukanlah anggota polis,” tambah beliau lagi.

Kedua-dua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 366 Penal Kod kerana menahan tanpa kerelaan dan di bawah Seksyen 376 Penal Kod kerana merogol.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain