suria

Imigresen sahkan penahanan bekas anggota Parlimen Iraq

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia hari ini mengesahkan bekas anggota Parlimen Iraq Mohammed alDaini ditahan pada 10 Okt lepas kerana didapati menggunakan dokumen perjalanan palsu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman berkata beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

"Suspek kini masih ditahan kerana pihak kita masih menunggu dokumen perjalanan baru daripada Kedutaan Iraq sebelum beliau dihantar pulang ke negara asal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bekas anggota Parlimen Iraq, yang menghilangkan diri selama lapan bulan selepas terlibat mengarahkan serangan bom ke atas kantin Parlimen Iraq pada 2007, telah ditahan di Malaysia.

Abdul Rahman berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport 1966. BERNAMA

Artikel Lain