suria

17 Dis ditetapkan bagi pengurusan kes saman bapa Nurin Jazlin

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 17 Dis bagi pengurusan kes saman Jazimin Abdul Jalil, bapa Nurin Jazlin, kanak-kanak yang diculik dan dibunuh dengan kejam dua tahun lalu, terhadap polis dan kerajaan berhubung penyebaran gambar bedah siasat anaknya melalui internet.

Timbalan Pendaftar Nurhatini Abd Hamid menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya apabila kes itu disebut hari ini.

Pada 21 Ogos, 2008, Jazimin, memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan Kerajaan Malaysia berhubung penyebaran gambar bedah siasat anaknya melalui internet.

Dalam saman kecuaian itu, Jazizmin tidak menyatakan julah ganti rugi tetapi memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan ganti rugi melampau, faedah ke atas ganti rugi am, kos dan lainlain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Jazzimin diwakili peguam bela Harjinder Singh Sandhu manakala Peguam Kanan Persekutuan Habibah Haron mewakili keempatempat defendan itu.

Pada 5 Okt, Jazizmim memohon bagi penghakiman ringkas atas alasan polis telah mengaku dalam pernyataan pembelaan bahawa pihaknya membawa keluar gambar bedah siasat itu.

Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Okt bagi keputusannya berhubung permohonan itu. BERNAMA

Artikel Lain