Empat pelajar sesat di Bukit Larut ditemui selamat - Semasa | mStar

Empat pelajar sesat di Bukit Larut ditemui selamat

IPOH: Empat pelajar lelaki yang sesat ketika sedang beriadah di hutan Bukit Larut kirakira 125 km dari sini semalam ditemui dalam keadaan selamat hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Supt Syed Abdul Wahab Abdul Majid berkata empat pelajar dari sebuah sekolah di sini mendaki Bukit Larut kirakira pukul 2 petang semalam melalui jalan pintas dan gagal menemui jalan keluar.

Bagaimanapun seorang daripada rakan mereka berjaya keluar sendirian kira-kira pukul 9.30 pagi ini dan kemudian memberitahu pihak polis mengenai rakanrakannya yang masih terkandas di kawasan bukit tersebut, katanya ketika dihubungi hari ini.

Syed Abdul Wahab berkata berikutan laporan daripada pelajar itu polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat terus melancarkan operasi mencari dengan bantuan pelajar tersebut.

Ketiga-tiga pelajar itu kemudiannya ditemui selamat di sebatang anak sungai di kaki bukit itu pada pukul 2 petang.

Mereka yang didapati keletihan dan kelaparan kemudian dibawa keluar sebelum di hantar ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.