suria

Pasukan F1 1Malaysia lonjakkan industri pelancongan - Ng

KUALA LUMPUR: Pasukan F1 1Malaysia, yang akan membuat kemunculan sulung dalam Kejohanan Formula Satu (F1) Dunia tahun depan, akan terus melonjakkan lagi pelancongan sukan di negara ini, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen hari ini.

Beliau berkata malah masyarakat setempat dan warga Malaysia di seluruh dunia juga ingin datang untuk melihat sendiri pasukan Malaysia beraksi.

"Apa jua perkembangan dalam manamana sukan semestinyalah satu kelebihan dan bagi industri pelancongan, ia akan menarik kedatangan pelancong dan masyarakat Malaysia untuk datang serta menonton sendiri acara itu," katanya pada sidang akhbar mengenai Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia yang julung kali diadakan di sini.

Dr Ng berkata acara bertaraf dunia seperti Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia dan perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia merupakan produk pelancongan utama negara.

Kerajaan akan membantu mempromosikan Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia yang berlangsung dari 26 Sept hingga 4 Okt, katanya, sambil menambah publisiti bagi acara itu, termasuk liputan secara langsung, akan dapat disaksikan oleh 200 juta penonton di seluruh dunia.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain