suria

Marin tahan lelaki cuba seludup 1,500 butir peledak di Sabah

KUALA LUMPUR: Pasukan Gerakan Marin (PGM) semalam menahan seorang lelaki yang cuba menyeludup masuk 1,500 butir peledak menggunakan sebuah bot di perairan Pulau Sibuan, Semporna.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, lelaki berumur 40-an itu dipercayai cuba menyeludup bahan letupan berkenaan bersama sembilan gulung sumbu peletup dari Pulau Setangkai, Filipina ke pulau berkenaan.

Komander PGM Wilayah 4 Sabah ACP Abdul Manaf Othman berkata tangkapan dibuat berdasarkan hasil risikan dan pemantauan PGM terhadap aktiviti suspek selama dua minggu.

"Bahan letupan tersebut boleh dibuat sebagai bom ikan dan jika ia jatuh ke tangan yang salah dikhuatiri digunakan untuk tujuan pengganas.

"Ketika ditahan, turut berada dalam bot tersebut seorang wanita bersama anaknya yang dipercayai cuba memasuki negara ini secara haram," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata lelaki tersebut disiasat di bawah Akta Bahan Letupan manakala wanita terbabit ditahan sebagai pendatang asing tanpa izin. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain