suria

Susulan kenderaan SPRM dibaling bom api: Polis temui petunjuk baru

SHAH ALAM: Polis hari ini mengesahkan menemui petunjuk baru bagi membantu siasatan kes sebuah kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Klang yang dilempar bom api "molotov cocktail" Khamis lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata petunjuk baru itu diyakini mampu membantu menyelesaikan kes berkenaan termasuk mengesan pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian terbabit.

"Ada petunjuk baru tapi belum masanya untuk diumumkan, tunggu dulu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian Khamis lepas, sebuah kenderaan pacuan empat roda milik SPRM cawangan Klang, rosak selepas dilempar dengan enam buah botol bom api "molotov cocktail".

Kejadian itu hanya disedari oleh kakitangan SPRM kira-kira pukul 7.45 pagi. BERNAMA

Artikel Lain