H1N1: Sebuah sekolah di USJ Selangor diarah tutup - Semasa | mStar

H1N1: Sebuah sekolah di USJ Selangor diarah tutup

PETALING JAYA: Dalam perkembangan terbaru, hanya sebuah sekolah sahaja di USJ, Selangor diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan berkuatkuasa esok ekoran penularan virus H1N1.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Rendah Kebangsaan USJ20.

Notis mengenai penutupan sekolah tersebut telah digantung di hadapan pintu pagar untuk makluman dan tindakan ibu-bapa.

Seorang ibu yang dua orang anaknya bersekolah di Sekolah Rendah USJ20 telah menelefon Bilik Berita mStar memaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu.

Sementara itu, mStar difahamkan, dua orang murid tahun 2 di sekolah berkenaan telah disahkan sebagai H1N1 positif.

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel