suria

Jawatankuasa kabinet bincang isu pembantu rumah

PUTRAJAYA: Isu mengenai pembantu rumah asing akan dibincangkan oleh satu kabinet yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tarikh bagi mesyuarat jawatankuasa itu belum ditetapkan tetapi ia mungkin diadakan lebih awal.

Kerajaan Indonesia mengarahkan agensi-agensi pekerjaan republik itu menghentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berkuat-kuasa Jumaat lepas berikutan aduan terdapat pekerja negara itu didera oleh majikan.

Semalam, Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata kerajaan Filipina sedia menghantar 50,000 hingga 60,000 wanita Islam dari Mindanao ke negara ini pada bilabila masa bagi menggantikan pembantu rumah Indonesia.

Hishammuddin berkata Malaysia mempunyai banyak pilihan tetapi ianya bergantung sektor yang memerlukan pekerja asing.

"Dalam keadaan ekonomi sekarang, saya rasa kita perlu beri tumpuan kepada sektor yang memerlukan tenaga kerja asing.

"Kita tak perlu risau kerana hakikat bahawa ramai yang hendak datang ke negara ini menunjukkan terdapat sesuatu yang baik dan bermanfaat untuk datang ke sini," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain