suria

Malaysia berusaha keluar daripada kesan krisis ekonomi global lebih awal - TPM

IPOH: Kerajaan akan memastikan Malaysia dapat keluar daripada kesan krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang lebih awal daripada negara maju serta negara serantau, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata negara juga bersedia untuk meneruskan usahausaha pembangunan yang lebih berkesan dan besar apabila usaha mengeluarkan Malaysia daripada kemelut ekonomi itu tercapai.

"Kita berharap Malaysia dapat keluar daripada kemelut ekonomi lebih awal berbanding negara maju yang lain kerana di Amerika Syarikat mereka menghadapi masalah ekonomi paling teruk termasuk di sektor perbankan dan kewangan.

Begitu juga dengan Eropah dan rantau Asia.

"Malaysia perlu keluar lebih awal, lebihlebih lagi negara akan memasuki Rancangan Malaysia Kesepuluh... Kita mahu keluar lebih awal (daripada kemelut ekonomi) dan ia akan tercapai dalam tempoh yang tidak terlalu lama," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Warga Pendidik Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini. Katanya negara memberi tumpuan kepada pelaksanaan di bawah pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 bilion untuk mengukuhkan taraf hidup dan pembangunan negara. BERNAMA

Artikel Lain