H1N1: Tiada cadangan tutup semua sekolah - Muhyiddin - Semasa | mStar

H1N1: Tiada cadangan tutup semua sekolah - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak bercadang menutup semua sekolah dan melarang perhimpunan awam diadakan di Lembah Klang akibat penularan penyakit Influenza H1N1 walaupun kebanyakan kes dilaporkan di sekitar ibu negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan akan melaksanakan semua cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam mengawal penyakit itu daripada merebak.

"Kecualilah jika ada keperluan yang mendesak, kita tidak mahu rakyat merasa cemas tanpa sebab," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama peserta Persidangan Ketua-ketua Perwakilan Malaysia di sini semalam.

Beliau ditanya sama ada kerajaan akan mengambil dua tindakan berkenaan memandangkan bilangan kes penyakit itu di Lembah Klang telah meningkat kepada 68 kes hari ini, dengan empat buah sekolah diarah ditutup selama seminggu.

Muhyiddin berkata Kementerian Kesihatan sedang memantau keadaan dan jika penularan penyakit itu tertumpu pada satusatu kawasan saja, tindakan segera akan diambil.

Mengenai cadangan Malaysia agar semua negara menyaring mereka yang hendak keluar dari negara itu, beliau berkata WHO akan membincangkannya, dan sebelum keputusan dibuat mengenainya, Malaysia akan terus melaksanakan peraturan WHO dengan menyaring mereka yang hendak masuk ke negara ini.

Muhyiddin berharap peningkatan kes penyakit itu dapat dibendung secepat mungkin.

Beliau meminta Kementerian Kesihatan mengadakan perjumpaan dengan guru dan ibu bapa bagi menjelaskan mengenai sebab sekolah ditutup agar mereka dapat membantu dalam menangani serangan penyakit itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

H1N1: Dua sekolah lagi ditutup

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan