suria

Empat individu kunjungi khemah khas jalani pemeriksaan Influenza H1N1

KUALA LUMPUR: Khemah khas untuk pemeriksaan virus Influenza A(H1N1) yang disediakan di perkarangan Hospital Sungai Buloh dikunjungi empat individu untuk menjalani ujian virus itu semalam.

Tinjauan Bernama mendapati dua lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak mengunjungi khemah khas itu yang dibuka sejak petang kelmarin.

Lelaki dalam lingkungan 50an itu dikatakan menemani anak lelakinya menjalani ujian itu walaupun belum menunjukkan sebarang simptom dijangkiti wabak berkenaan.

"Saya cuma datang teman anak saya jalankan ujian. Dia baru balik dari luar negara tapi tidak tunjukkan simptonsimpton penyakit itu. Kami cuma datang (buat pemeriksaan) sebagai langkah berjagajaga," katanya.

Kira-kira 10 kakitangan hospital bertugas di empat khemah yang disediakan untuk orang ramai menjalani ujian dan pemeriksaan mengesan penyakit berkenaan.

Pihak hospital juga merentangkan tali sekatan di sepanjang kaunter kecemasan yang beroperasi 24 jam bagi mengelakkan orang awam menghampiri kawasan itu.

Semalam, Kementerian Kesihatan meminta semua penumpang penerbangan MH091 dari Amerika Syarikat yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 13 Mei lepas, supaya datang menjalani ujian saringan berikutan seorang pelajar berusia 21 tahun yang menaiki pesawat berkenaan didapati positif virus itu.

Hari ini kes kedua virus itu dikesan membabitkan teman pelajar kes pertama, yang samasama menaiki pesawat dari Newark, New Jersey itu. Keduadua mereka kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, sehingga pukul 6.30 petang ini tiada tandatanda penumpang dari pesawat itu yang tampil untuk membuat pemeriksaan.

Sementara itu di BENTONG, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian melalui Jabatan Imigresen dan polis akan memberi kerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan dalam menangani wabak influenza A(H1N1).

Semua pihak harus memainkan peranan dalam menangani wabak itu dan tanggungjawab tidak seharusnya diletakkan kepada Kementerian Kesihatan semata-mata, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemantapan Puteri Umno di Bukit Tinggi, dekat sini semalam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain