suria

SAPP lantik tiga Naib Presiden baru

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan pelantikan tiga naib presiden bagi mengisi tiga kekosongan dalam majlis tertingginya antara rombakan kepimpinan terbesar dalam sejarah 15 tahun penubuhan parti itu.

Tiga naib presiden berkenaan ialah Poon Kee Yang, 53, ahli perniagaan dari Sandakan; Jimmy Jawatah, 46, pekerja sosial di Tenom dan bekas pegawai kerajaan Amde Sidek, 57.

Dalam kenyataan di sini, Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah berkata pelantikan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk menyegarkan semula parti berkenaan.

Katanya SAPP juga menaikkan pangkat anggota majlis tertingginya Agnes Moifun Liew sebagai penolong bendahari manakala bekas naib presiden Madri Akong dilantik penolong setiausaha pengelola.

Sementara itu, Chong berkata Pesta Kaamatan peringkat negeri SAPP pada tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Pensiangan sempena peningkatan besar jumlah anggota baru parti itu di kawasan berkenaan dalam tempoh tiga bulan lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain