suria

Mayat ditemui dalam parit berhampiran Jambatan Pulau Pinang

BUTTERWORTH: Mayat seorang lelaki dalam keadaan busuk ditemui terapung dalam sebuah parit berhampiran susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Dr Mohd Shah Hussin Shah berkata mayat lelaki berusia lingkungan 30an dipercayai warga asing itu ditemui kirakira pukul 7 petang oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

"Laporan bedah siasat menunjukkan lelaki itu membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangan kirinya, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai membunuh diri sebelum terjatuh ke dalam parit berkenaan.

Menurutnya mayat itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan siasatan mendapati ia sudah terapung di parit berkenaan sejak tiga hari lepas.

Mohd Shah seterusnya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu supaya Ketua Balai Polis Perai, Mohd Sohaimi Ishak dengan menelefon 043902373 untuk membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Lain