suria

Mekanik didenda RM3,000 miliki ubat batuk tanpa kebenaran

SHAH ALAM: Seorang mekanik dikenakan denda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki enam botol ubat batuk tanpa kebenaran dua tahun lepas.

Majistret Norkamilah Aziz mengenakan denda itu setelah Mohd Azam Halmi Mat Ali, 25, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu.

Mohd Azam Halmi didakwa bersamasama Muhammad Hashim, 32, sebagai orang yang tidak diberi kuasa atau sebarang kebenaran, memiliki enam botol plastik berisi bahan cecair warna hitam mengandungi dadah jenis dihyrocodeine seberat 2.03 gram di Jalan Sungai Merbau, Kota Kemuning di sini, pada 12.15 tengah malam 15 Jun 2007.

Majistret menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes bagi Muhammad, juga seorang mekanik, yang mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang sama. BERNAMA

Artikel Lain