suria

Abdullah: Umno tetap tegas tangani politik wang

JAKARTA Dalam reaksi segera kepada beberapa keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Umno hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Umno tetap tegas menangani politik wang.

"Lembaga Disiplin Umno telah membuat keputusannya. Umno tetap tegas menangani politik wang," katanya kepada pemberita di sini ketika diminta mengulas keputusan lembaga itu yang termasuk melarang Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan timbalan presiden parti berhubung amalan politik wang.

Pada sidang media dengan wartawan Malaysia di akhir lawatan kerja dua harinya ke sini untuk perundingan tahunan dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Abdullah juga berkata beliau telah memaklumkan mengenai langkahlangkah yang akan diambil Malaysia jika tekanan krisis ekonomi berterusan.

"Saya jelaskan bahawa pemberhentian pekerja merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan akan berlaku. Soalnya sejauh mana dan berapa besar bilangannya," katanya.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan Malaysia akan berusaha sebaik mungkin mengelak pemberhentian beramairamai tetapi jika hal itu terpaksa dilakukan maka pekerja asing termasuk dari Indonesia akan diberhentikan dahulu.

Bagaimanapun, Abdullah berkata Malaysia akan memaklumkan terlebih dahulu kepada Indonesia supaya negara yang mempunyai paling banyak tenaga kerjanya bekerja di Malaysia, boleh membuat persediaan menghadapi keadaan itu.

"Satu lagi, kita (Malaysia) akan memberikan kerjasama untuk membolehkan rakyat Indonesia yang berada di Malaysia boleh mengundi semasa pilihan raya diadakan di Indonesia," katanya.

Beliau berkata rakyat Indonesia akan dibolehkan mengundi di tempattempat yang sudah dikenal pasti dan proses itu akan dikelolakan sendiri oleh Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia.

Malaysia dan Indonesia juga, pada perundingan tahunan yang masuk tahun keenam itu, bersetuju untuk menggembleng peranan lebih besar sektor swasta dalam mencergaskan semula ekonomi keduadua negara dan Indonesia menyatakan kesediaannya menerima pelaburpelabur Malaysia dalam projek-projek barunya.

Beliau berkata jika kerjasama pelaburan itu dalam bidang berkaitan dengan tenaga yang merupakan satu bidang keutamaan keduadua negara, yang berkaitan gas dan minyak, maka Petronas akan diminta mempertimbangnya, selain kerjasama dalam bidang sumber tenaga alternatif.

Perdana Menteri berkata golongan muda juga mendapat perhatian khusus beliau dan Susilo pada perundingan kali ini, di mana generasi muda keduadua negara akan dipertemukan dalam pelbagai program untuk mereka termasuk yang disarankan oleh Kumpulan Orang Kenamaan (EPG) keduadua negara.

Mengenai hasil keseluruhan perundingan itu, Abdullah berkata hasilnya sangat baik dengan banyak persetujuan yang dicapai, apatah lagi dengan penerimaan bersama MalaysiaIndonesia terhadap laporan dan cadangan EPG, yang membuka lembaran baru ke arah memantapkan lagi hubungan dua hala.

Dengan asas yang diletakkan oleh EPG ini hubungan dua hala MalaysiaIndonesia tidak akan terjerat isuisu sensitif dan tanpa hal serupa itu yang turut mengurangkan keyakinan keduadua pihak, hubungan bilateral akan lebih baik dan lebih banyak program dapat dibuat bagi manfaat rakyat keduadua negara.

Abdullah yang disertai isteri Datin Seri Jeanne Abdullah berlepas pulang ke tanah air malam ini. BERNAMA

Artikel Lain