suria

Lelaki asing mati dipercayai dipukul

KUANTAN: Seorang lelaki rakyat asing ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam, di Kampung Belukar, Batu Tiga di sini hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata mayat lelaki berusia 20an itu ditemui tertiarap di tepi longkang di jalan kampung itu pada kirakira pukul 7.50 pagi.

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat lelaki itu.

"Berdasarkan kecederaan yang dialami, polis percaya mangsa dipukul dengan menggunakan benda tajam. Kami turut menemui tiga batang besi berhampiran tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata mayat lelaki yang dipercayai rakyat Myanmar itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat.

"Polis percaya lebih daripada seorang suspek terbabit dalam kes itu, motif kejadian masih disiasat," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain