suria

Sindiket VCD dan DVD cetak rompak tumpas

BUKIT MERTAJAM: Polis berjaya menumpaskan sindiket penghasilan dan pengedaran cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak rompak serta lucah dalam serbuan di dua lokasi berasingan di sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT),ACP Dr Mohd Shah Hussin Shah berkata dalam serbuan di dua buah rumah di Sama Gagah di sini, polis turut menahan tiga lelaki warganegara Myanmar berusia 20an.

"Semasa serbuan pertama kirakira pukul 2.40 petang itu, ketigatiga lelaki yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri itu sedang sibuk melakukan kerjakerja menghasilkan DVD dan VCD," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata hasil serbuan pertama, pihaknya menyerbu sebuah rumah lain iaitu kira-kira 100 meter dari lokasi pertama pada pukul 3.30 petang.

"Serbuan itu dijalankan hasil maklumat awam dan intipan polis sejak sebulan lepas. Maklumat awal mendapati keduadua rumah yang pernah diserbu Ogos lepas itu mempunyai kaitan dan dipercayai sindiket yang sama," katanya.

Mohd Shah berkata dalam keduadua serbuan itu, polis berjaya merampas 44,046 keping VCD dan DVD cetak rompak serta lucah pelbagai tajuk bernilai kirakira RM200,000.

Katanya sindiket itu dipercayai menjalankan operasi berkenaan di kawasan perkampungan bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan memasarkan DVD dan VCD itu di sekitar negeri ini.

Beliau berkata polis kini sedang giat mengesan anggota sindiket itu dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 18 (4) dan Seksyen 6 (1) Akta Penapisan Filem 2002 serta Sekyen 292 (A) Kanun Keseksaan.

Tiga lelaki yang ditahan itu direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan diri," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain