Nizar masuk pejabat MB, diarah keluar - Semasa | mStar

Nizar masuk pejabat MB, diarah keluar

DATUK Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadakan sidang akhbar di pejabatnya yang kini telah dikosongkan di bangunan SUK, Ipoh, hari ini.
DATUK Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadakan sidang akhbar di pejabatnya yang kini telah dikosongkan di bangunan SUK, Ipoh, hari ini.

[DIKEMAS KINI] IPOH: Sehari selepas dititahkan Sultan Perak meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ipoh pagi ini.

Beliau memasuki bangunan SUK menaiki kenderaan rasmi baru kerajaan negeri, Toyota Camry. Beliau dibenarkan melalui pintu masuk utama di jalan utama yang menghala bangunan tersebut pada pukul 9.50 pagi.

Kesemua 10 Exco Pakatan Rakyat yang bersama beliau juga dibenarkan masuk.

Bagaimanapun, kira-kira 25 minit kemudian, Nizar diiringi keluar daripada pejabat MB yang kini kosong di bangunan tersebut oleh Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias yang turut menghalang Nizar daripada mengadakan sidang media di pejabat tersebut.

Kira-kira pukul 10.40 pagi, Nizar meninggalkan bangunan SUK dan sebelum itu memberitahu wartawan yang beliau dibenarkan menggunakan kenderaan rasmi kerajaan negeri sehingga Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah pada pukul 3.30 peatng ini.

Pintu masuk ke bangunan SUK yang telah ditutup pada jam 9.25 pagi tadi.

Hanya kakitangan awam yang bertugas di bangunan tersebut sahaja yang dibenarkan masuk.

Nizar pada sidang akhbar di kediaman rasminya di Ipoh semalam mengumumkan keengganannya melepaskan jawatan Menteri Besar kerana menganggap beliau masih menyandang jawatan itu secara sah mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan.

Artikel Sebelum

Nizar masih enggan letak jawatan

Artikel Berikut

Nizar tidak pegang kepada janji

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain