suria

Warga Aceh edar dadah dihukum gantung

SHAH ALAM: Seorang buruh binaan warga Indonesia hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah mengedar dadah tiga tahun lepas.

Hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati keterangan pembelaan Faisal Abdul Aziz, 33, hanya berbentuk penafian sematamata dan dia gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

Faisal, dari Aceh, didakwa mengedar kanabis pada 5.30 petang 23 Jan 2006 di kawasan kelapa sawit Cyberjaya.

Ketika hukuman dijatuhkan Faisal dilihat menangis.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan memanggil enam orang saksi.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain