suria

Mayat lelaki ditemui dalam takungan konkrit

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki ditemui dibungkus dengan guni dalam takungan konkrit di Empangan Juru dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah ACP Dr Mohd Shah Husin Shah berkata berdasarkan keadaan mayat yang berbau, lelaki berkenaan dipercayai mati antara empat hingga lima hari lepas.

Beliau berkata setakat ini, identiti lelaki itu belum dikenalpasti dan polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri.

"Sebahagian badan mangsa hingga kepala ditutup dengan guni dan polis tidak mengesan kecederaan lain pada badan mangsa," katanya.

Beliau berkata polis juga menyiasat sama ada lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya di buang ke dalam takungan konkrit itu.

"Polis menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 10.40 pagi memaklumkan penemuan mayat itu. Polis dengan bantuan 15 anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa lebih tiga jam untuk mengeluarkan mayat itu," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain