Perhimpunan IPF kecoh, 2 kumpulan bersaing anjur mesyuarat - Semasa | mStar

Perhimpunan IPF kecoh, 2 kumpulan bersaing anjur mesyuarat

ANGGOTA polis cuba mententeramkan penyokong Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) yang menyertai bantahan majlis Perhimpunan Agung IPF Ke-16 yang diadakan di sini, hari ini. Bantahan itu dibuat kerana mereka mendakwa perhimpunan tersebut diadakan tanpa notis mesyuarat kepada ahli-ahli majlis tertinggi, ketua-ketua bahagian dan ahli-ahli cawangan. -fotoBERNAMA
ANGGOTA polis cuba mententeramkan penyokong Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) yang menyertai bantahan majlis Perhimpunan Agung IPF Ke-16 yang diadakan di sini, hari ini. Bantahan itu dibuat kerana mereka mendakwa perhimpunan tersebut diadakan tanpa notis mesyuarat kepada ahli-ahli majlis tertinggi, ketua-ketua bahagian dan ahli-ahli cawangan. -fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI, 5 petang] KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Ke-16 Parti Progresif India (IPF), yang diadakan buat pertama kali tanpa pengasasnnya, mendiang Tan Sri M.G. Pandithan, dicemari pagi ini.

Yang lebih menarik, kumpulan pemimpin yang disingkirkan dan digantung dari IPF mengadakan perhimpunan 'tergempar' mereka sendiri di sini pagi ini.

Pertemuan kumpulan bersaing ini berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 2 petang di sebuah restoran dari Hotel Dynasty.

Kekecohan bermula sejak pukul 8 pagi di Hotel Dynasty di sini, tempat berlangsungnya perhimpunan agung, ekoran rasa tidak puas hati pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu yang dipecat atau disingkirkan.

Mereka mendakwa Pemangku Presiden, Puan Sri Jayashree Pandithan tidak layak memegang jawatan tersebut menggantikan Pandithan.

Pandithan mengasaskan parti itu selepas dipecat dari MIC dua dekad lalu.

Parti itu telah memohon menyertai Barisan Nasional (BN).

Perhimpunan itu dirasmikan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pukul 11 pagi.

Kumpulan kira-kira 100 orang itu yang diketuai oleh Ketua Bahagian IPF Kelana Jaya, P. Murugam menggesa Jayashree melepaskan jawatan dan tidak mengetuai ahli-ahli IPF lagi.

Menurut Murugam, Perhimpunan Agung IPF yang diadakan hari ini secara tidak sah kerana beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi, Ketua-ketua Bahagian dan ahli-ahli cawangan tidak mendapat notis pemberitahuan mengenai majlis tersebut.

Jelas beliau, ia merupakan satu komplot beberapa pihak untuk merebut kuasa dengan cara yang tidak sah.

Difahamkan bekas Ketua Pemuda IPF, R. Ravi Shanker telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Ravi Shankar diminta melepaskan jawatan kerana telah diisytiharkan muflis.

Kira-kira 20 anggota polis mengawal perjalanan perhimpunan itu.

Jayashree memangku jawatan itu sejak kematian Pandithan.

Sebulan lalu, beliau mengumumkan keputusan menggantung Timbalan Presiden dan Naib Presiden masing-masing V. Senggutuan dan M. Mathyalagan atas alasan disiplin.

Sementara itu, Jayashree menyifatkan kekecohan yang berlaku adalah sebagai masalah dalaman parti semata-mata.

"Saya tidak lihat kekecohan yang berlaku sebagai satu masalah besar kepada parti. Ia tidak akan menggugat keharmonian parti ini. Kita akan terus maju," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian.

"Mereka tidak puas hati selepas saya mengambil alih parti ini. Kita boleh berbincang dan bertolak ansur dalam hal ini," ujarnya.

Beliau juga yakin masalah tersebut akan dapat diseleksaikan secepat mungkin.

Kini IPF mendakwa mempunyai kira-kira 300,000 ahli.

MESYUARAT KUMPULAN BERSAING

Dalam pada itu, tidak jauh dari hotel berkenaan, kumpulan pimpinan Mathyalagan pula mengadakan 'EGM' di Restoran Kari Kepala Ikan Sentul di sini.

Ia dihadiri kira-kira 400 orang ahli IPF, kata Ketua Penerangan kumpulan itu, K. Veerayah ketika dihubungi sebentar tadi.

Veerayah, bekas Ketua Pemuda IPF berkata, mereka meluluskan empat usul.

Antara lain usul itu tidak mengiktiraf kepimpinan Jayashree termasuk menarik balik sokongan kepada beliau untuk menggantikan Pandithan.

Esok Mahkamah Tinggi dijadual mendengar injuksi yang difailkan oleh kumpulan ini terhadap status kepimpinan IPF semasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain