suria

Lelaki mati dikelar

SEREMBAN: Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah kereta dengan lehernya dikelar di Taman Catleyaa, Senawang awal pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, ACP Mohd Zaki Masroh, mangsa yang berusia 28 tahun itu ditemui di tempat duduk belakang kereta itu dengan berlumuran darah, oleh orang ramai yang lalu di kawasan itu.

"Lelaki itu mati akibat dikelar dengan senjata tajam," katanya ketika dihubungi.

Katanya, motif pembunuhan masih sedang disiasat, beliau bagaimanapun tidak mengetahui samada kereta yang ditemui merupakan milik lelaki itu.

Ketika ditemui, kereta itu terletak di tengahtengah sebatang lorong yang terletak antara dua rumah kedai. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain