Remaja cuba menyamun ditangkap tuan rumah - Semasa | mStar

Remaja cuba menyamun ditangkap tuan rumah

KUANTAN: Seorang remaja berusia 16 tahun yang cuba menyamun sebuah rumah di Panching Timur di sini, semalam diberkas penghuni rumah terbabit.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata remaja yang tidak bersekolah itu dipercayai memasuki rumah berkenaan pada pukul 8 malam bersama seorang rakannya.

"Penghuni rumah terbabit berusia 35 tahun yang baru pulang menyedari kehadiran dua lelaki itu di dalam sebuah bilik lalu menjerit menyebabkan suspek cuba melarikan diri melalui tingkap rumah.

"Mangsa berjaya menangkap kedua-duanya sebelum seorang daripadanya bertindak menepis tangan mangsa dan melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata remaja yang ditangkap itu diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kes lain, polis menahan enam lelaki termasuk seorang penjaga pusat siber berusia 18 tahun dalam serbuan di sebuah premis di Perkampungan Seri Mahkota Permai di sini dan di pusat siber di Paloh Hinai Pekan, semalam.

Kesemua mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam perjudian menggunakan internet, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain