suria

24 buah bus disita kerana tidak guna laluan yang ditetapkan

KUALA LUMPUR: Sifat tamak empat syarikat bas hentihenti membawa padah apabila 24 buah bas milik mereka disita akibat melencong dari laluan perkhidmatan yang dibenarkan kerana mahu mengaut keuntungan berlebihan.

Basbas tersebut yang memberi perkhidmatan di sekitar Lembah Klang itu disita dalam satu operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dijalankan semalam di sekitar Jalan Genting Klang, Setapak, Pandan Indah dan Ampang Jaya.

Ketua Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mohd Nadzri Osman berkata operasi awal pagi sehingga 6 petang itu dijalankan bagi mengesan pengusaha bas hentihenti yang degil dengan tidak mengikuti laluan yang telah ditetapkan dan diluluskan.

"Pengusaha bas ini pada mulanya memohon laluan lain tetapi kemudiannya mula berasakan laluan yang dipilih mereka tidak strategik lalu mereka menukar dan mencuri laluan yang diluluskan untuk syarikat bas lain," katanya kepada pemberita di JPJ Wangsa Maju di sini hari ini.

Beliau berkata JPJ kerap menerima aduan daripada syarikat bas pesaing mengenai kegiatan "mencuri laluan" oleh syarikat bas lain hingga memberikan kesulitan serta kesan ekonomi kepada mereka.

Mohd Nadzri berkata beberapa buah bas yang disita semalam pernah disita tahun lepas atas kesalahan yang sama dan mempunyai 15 rekod kesalahan yang lain.

Selain beroperasi di luar kawasan, basbas yang disita dikesan melakukan 24 jenis kesalahan termasuklah gagal mengemukakan permit, tiada lesen memandu Kelas E, tiada konduktor, konduktor tiada permit, lampu brek tidak berfungsi dan tayar haus.

Beliau berkata tindakan sita itu merupakan satu pengajaran kepada semua pengusaha bas di seluruh negara bagi mengingatkan mereka bahawa JPJ sentiasa mengawasi operasi syarikat yang menyalahi undang-undang.

"Pada masa hadapan, kita akan tetap meneruskan operasi ini meskipun mendapat bantahan daripada pengusaha syarikat bas.

"Jika mereka hendak juga lalu kawasan yang bukan di bawah 'jajahan' mereka dan mahu menukar laluan yang difikirkan lebih strategik, maka mereka diminta untuk memohon permit dan dapatkan kelulusan dahulu sebelum berbuat demikian," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Umat Islam dilarang sertai yoga

Artikel Lain