suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga disyaki bookie ekor ditahan

BACHOK: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki menjadi bookie nombor ekor di sebuah rumah di Kampung Teratak Pulai di sini semalam dan merampas wang tunai RM300 dan kertas menulis nombor ekor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Mazlan Lazim berkata kumpulan itu menerima wang pertaruhan RM20,000 setiap bulan daripada penduduk sekitar.

Beliau berkata empat buah telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM300 dirampas di samping kertas yang digunakan untuk menulis nombor-nombor ekor yang dipesan oleh orang ramai.

Katanya kejayaan itu adalah hasil maklumat dari orang ramai.

Mazlan berkata rumah seorang daripada lelaki itu dijadikan pusat menerima pertaruhan.BERNAMA

Artikel Lain