suria

Suspek rempuh polis ditahan

ALOR STAR: Polis menahan dua remaja lelaki untuk membantu siasatan kes seorang anggota polis trafik dilanggar dalam sekatan jalan raya di Jalan Putra di sini pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Star ACP Abdul Ghafar Rejab berkata keduadua remaja berumur 18 dan 16 tahun, masing-masing dari Jabi dan Pokok Sena ditahan pada pukul 3 petang dua hari lepas.

Mereka ditahan setelah dibawa oleh ibu bapa mereka ke balai polis untuk menyerah diri, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Khamis lepas, Koperal Zolhan Abdul Rahman patah kaki kanan selepas dirempuh seorang 'mat rempit' yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya pada kira-kira 10.30 malam. BERNAMA

Artikel Lain