suria

Najib umum langkah baru tangani masalah ekonomi Selasa

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak akan mengumumkan beberapa langkah baru bagi menangani masalah ekonomi dalam negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan akan mengumumkan perkara itu ketika menggulung perbahasan bajet Selasa depan.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini, Abdullah berkata, langkah-langkah yang akan diumumkan itu telah pun dipersetujui kerajaan bagi membolehkan ekonomi negara bertahan daripada menerima tekanan teruk daripada ketidaktentuan ekonomi dunia ketika ini.

"Kita berharap dengan pengumuman itu nanti, rakyat akan lebih yakin dengan ekonomi negara dan bekerjasama dengan kerajaan bagi menghadapi cabaran yang boleh timbul akibat ekonomi dunia yang tidak menentu," katanya.

Beliau enggan mengulas lanjut langkah yang dimaksudkannya itu dengan berkata ia hanya akan diumumkan oleh Najib di Parlimen kelak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain