suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zaid juga telah lepaskan jawatan Senator

PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah melepaskan kedudukan sebagai anggota Dewan Negara beberapa minggu selepas meletakkan jawatan Kabinet September lalu.

Zaid, yang pernah secara terbuka mengkritik penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mendedahkan perkara tersebut pada satu seminar di ibu negara semalam.

Bagaimanapun penelitian di laman web Parlimen hari ini menunjukkan nama beliau masih tertera sebagai anggota Dewan Negara.

Menjelaskan kedudukan sebenarnya, Zaid berkata, beliau bukan lagi digelar Senator kerana telah mengambil keputusan melepaskan jawatan tersebut.

Kata Zaid, sejurus selepas berhenti daripada menjadi menteri beliau turut mengambil keputusan melepaskan kedudukan di Dewan Negara bagi membolehkannya memfokus terhadap yayasan yang ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan rakyat pelbagai kaum negara ini.

Pada September lalu, Ketua Umno Bahagian Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee mencadangkan Zaid dilucutkan jawatan Senator kerana tindak-tanduk politiknya bercanggah dengan prinsip Umno dan Barisan Nasional.

Beliau menegaskan, mana-mana pemimpin UMNO yang dilihat bersekongkol dengan pembangkang hendaklah dikenakan tindakan tegas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain