Mesyuarat Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan batal kelayakan wakil Pemuda dipertikai - Semasa | mStar

Mesyuarat Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan batal kelayakan wakil Pemuda dipertikai

PETALING JAYA: Mesyuarat Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan yang dijadual diadakan malam tadi dibatalkan berikutan wujudnya masalah dalam Pergerakan pemuda peringkat cawangan.

Ketua Umno bahagian tersebut, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim ketika dihubungi berkata, pembatalan itu disebabkan oleh pertikaian Pemuda dari beberapa cawangan mengenai kelayakan wakil mereka menghadiri persidangan peringkat bahagian.

"Ada cawangan yang pertikaikan mengenai perkara ini, jadi kita terpaksa tangguhkan dulu mesyuarat bahagian untuk mereka selesaikan masalah yang timbul," katanya.

Tambah beliau penangguhan tersebut telah dimaklumkan kepada Ibu Pejabat UMNO Pusat.

Tarikh baru bagi mesyuarat Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan ialah pada 7 November depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan