suria

Ong Tee Keat beri amaran henti buat fitnah

ALOR STAR: Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat hari ini memberi amaran kepada mereka yang sering menfitnah calon-calon tertentu semasa berkempen untuk pemilihan parti 18 Oktober ini supaya menghentikan segera perbuatan itu kerana ia hanya akan menjadikan parti 'porak-peranda'.

"Saya beri amaran, saya mahu pihak yang menabur fitnah ini supaya tampil memberikan bukti kukuh dan bersedia berhadapan tindakan undang-undang.

"Kalau nak dedah sesuatu, lapor kepada pihak berkuasa, bukan berkempen dengan tuduhan tanpa bukti," katanya.

Bercakap kepada media selepas melawat perkampungan kebudayaan Hainan sempena Pesta Kebudayaan Cina peringkat kebangsaan di sini hari ini, katanya beliau akan menentang habis-habisan gejala tidak sihat itu kerana beliau difahamkan ramai sudah menjadi mangsa perbuatan fitnah itu.

Ong yang akan bertanding ke jawatan presiden MCA pada pemilihan nanti mendakwa terdapat pihak tertentu dalam parti itu yang melemparkan tuduhan terhadap beliau dengan niat untuk mencemarkan reputasinya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain