suria

Jeyaretnam, pembangkang veteran Singapura meninggal dunia

SINGAPURA: Ahli politik veteran Singapura, B. Jeyaretnam, pemimpin pembangkang pertama republik itu yang pernah memenangi kerusi Parlimen, meninggal dunia awal hari ini kerana masalah jantung.

Mendiang berusia 82 tahun.

Jeyaretnam yang lazimnya dikenali sebagai J.B.J, meninggal dunia di sebuah hospital tempatan, kata anaknya yang dipetik oleh Channel NewsAsia.

Jeyaretnam telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dari 1981 hingga 1986 dan kemudian mulai 1997 hingga 2001.

Beliau meninggalkan Parti Pekerja pada 2001, dan kemudian membantu menubuhkan Parti Pembaharuan tahun ini.

April lalu Jeyaretnam memberitahu bahawa beliau bercadang untuk bertanding lagi pada pilihan raya umum 2011.

Jeyaretnam diisytiharkan muflis pada 2001 selepas dikenakan denda kira-kira RM1.2 juta (AS$367,000) dalam kes fitnah yang dibawa oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong; dua bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong serta beberapa yang lain.

Beliau telah bebas daripada muflis tahun lalu. AP

Artikel Berikut

Aidilfitri disambut Rabu ini

Artikel Lain