Tunda AGM rumitkan kempen pemilihan pusat - Khairy - Semasa | mStar

Tunda AGM rumitkan kempen pemilihan pusat - Khairy

KEMAMAN: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menganggap keputusan Majlis Tertinggi Umno yang hari ini menunda tarikh Perhimpunan Agung parti itu ke bulan Mac tahun depan boleh `merumitkan kempen' calon-calon yang bertanding dalam pemilihan parti nanti.

Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno berkata, tempoh kempen yang sebelum ini hanya dua bulan akan menjadi lebih panjang iaitu selama enam bulan dan akan menyukarkan calon yang bertanding bagi jawatan tertinggi seperti dirinya.

"Kita tahu ini mungkin akan menjadi satu keputusan yang muktamad, ... bagi mereka yang akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian tak mengapa, tetapi untuk saya yang bertanding jawatan Ketua Pemuda ia akan menjadi satu keputusan yang merumitkan kempen.

"Tempoh kempen akan menjadi lebih panjang dan ia bukan senang. Bayangkan kempen pilihan raya dua minggu pun tidak mudah inikan pula enam bulan. (Maknanya) dalam tempoh enam bulan itulah kita kena berkempen," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Menteri Besar Teregganu Datuk Ahmad Said di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Majlis Tertinggi Umno hari ini menunda tarikh Perhimpunan Agung parti itu yang sepatutnya pada Disember depan, ke bulan Mac tahun depan bagi melicinkan proses peralihan kuasa yang lebih awal.

Bagaimanapun, anggota Parlimen Rembau itu berkata sebagai sayap parti, Pemuda Umno tetap menghormati dan menerima keputusan yang telah diambil itu.

Sementara itu, Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu berkata keputusan yang diambil oleh Majlis Tertinggi itu perlu dihormati kerana ia adalah antara langkah untuk melicinkan proses peralihan kuasa.

"Ini membuktikan proses peralihan kuasa Umno sebagai sebuah parti utama kaum Melayu berjalan dalam keadaan sempurna dan tertib," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Yap Pian Hon bertanding jawatan naib presiden

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain