suria

Penduduk Singapura cecah 4.84 juta

SINGAPURA: Singapura yang menggalakkan rakyatnya melahirkan lebih ramai anak kini mempunyai populasi 4.84 juta pada penghujung Jun lepas. Terdapat 3.64 juta pemastautin Singapura dan 1.2 juta bukan pemastautin, menurut angka dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Singapura hari ini.

Jabatan itu berkata pemastautin Singapura, terdiri daripada rakyatnya dan pemastautin tetap, membentuk 75 peratus dari jumlah populasi. Jumlah populasi bagi tahun ini meningkat sebanyak 5.5 peratus dari tahun sebelumnya, dengan populasi pemastautin mencatat kadar pertumbuhan 1.7 peratus.

Jabatan itu berkata jumlah rakyat Singapura terus meningkat tahun ini yang kini berjumlah 3.16 juta, kirakira 1.0 peratus lebih tinggi dari 3.13 juta yang dicatat tahun lepas.

Jumlah pemastautin tetap ialah 0.48 juta tahun ini, pertambahan dari 0.45 juta tahun lepas.

Populasi Singapura telah meningkat lebih tua dalam beberapa tahun dengan umur pertengahan populasi pemastatuin meningkat dari 20 tahun pada 1970 ke 37 tahun tahun ini.

Dalam sedekad lalu, bilangan orang yang berumur di bawah 15 tahun menurun ke 671,300 tahun ini, dari 712,000 pada 1998, dan ini mencerminkan trend menurun dalam kesuburan masa lalu, kata jabatan itu.

Sejajar dengan itu, terdapat peningkatan pada nisbah pemastautin lebih tua dengan mereka yang berumur 65 dan lebih meningkat ke 8.7 peratus pada populasi pemastautin tahun ini, naik dari 6.8 peratus pada 1998.

Kerajaan Singapura yang bimbang dengan penurunan populasi tempatannya barubaru ini melancarkan pakej perkahwinan yang mendorong rakyatnya berkahwin dan kahwin awal, memberi relif cukai anak dan bonus untuk bayi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain