PLUS sedia 1,000 kaunter tol sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Plus Expressways Berhad (Plus) akan membuka hampir 1,000 kaunter tol bermula Sabtu ini bagi memudah dan mempercepatkan perjalanan pengguna yang ingin balik ke kampung halaman sempena Aidilfitri ini.

Ketua Pegawai Operasi Plus, Nik Airina Nik Jaffar berkata, bagi tujuan itu Plus akan menempatkan kakitangan tambahan termasuk kakitangan dari ibu pejabat ke plaza-plaza tol berkenaan.

"Lebih daripada 4,000 kakitangan Plus termasuk 400 anggota keselamatan dan Rela akan ditempatkan bukan sahaja di Plaza Tol tetapi juga di lebuh raya dan kawasan rehat bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang selamat, selesa dan efektif terutamanya pada waktu puncak di lebuh raya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Plus di sini hari ini.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Plus (TTA) bagi membantu pengguna merancang perjalanan sekali gus mengurangkan kesesakan trafik.

TTA pada Sabtu dan Ahad ini bermula dari Lembah Klang ke Pulau Pinang, Kedah dan Perlis adalah antara 6 pagi dan 12 tengah hari, Lembah Klang ke Perak 2 petang dan 8 malam, Lembah Klang ke Alor Gajah, Tampin dan Melaka (2 petang dan 8 malam), dan Lembah Klang ke Johor antara 6 pagi dan 12 tengah hari.

Waktu bebas perjalanan pula adalah selepas pukul 10 malam.

Bagi perjalanan pada 30 September pula, cadangan permulaan perjalanan dari Lembah Klang menuju Pulau Pinang, Kedah dan Perlis disarankan antara 10 pagi dan 2 petang; dari Lembah Klang ke Perak bermula 3 petang; Lembah Klang ke Johor (10 pagi dan 2 petang) manakala dari Lembah Klang ke Alor Gajah, Tampin dan Melaka bermula 3 petang.

Waktu bebas perjalanan pada hari tersebut pula ialah sebelum pukul 9 pagi.

Bagi memastikan perjalanan kembali ke Lembah Klang lebih lancar pada 4 dan 5 Oktober pula dicadangkan destinasi dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dari 7 pagi dan 12 tengah hari; dari Taiping, Kuala Kangsar dan Ipoh (2 petang dan 5 petang); dari Tapah, Bidor dan Sungkai (7 malam); dari Slim River, Behrang dan Tanjung Malim (9 malam); dari Johor (7 pagi dan 12 tengah hari) dan dari Alor Gajah, Tampin dan Melaka (2 petang dan 5 petang).

Waktu bebas perjalanan pada tarikh itu dijadualkan bermula sebelum pukul 7 pagi. TTA mula diperkenalkan pada cuti perayaan Merdeka tahun lalu dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ia mendapat respon positif daripada pengguna lebuh raya ekoran berupaya membantu mengurangkan kesesakan pada waktu puncak.

"Kami meramalkan jumlah kenderaan meningkat sehingga 1.3 juta di atas jalan raya dan sekiranya perlu laluan kontra akan dibuka antara Sungkai dan Slim River pada 4 dan 5 Okt ini," kata Airina.

Beliau berkata pasukan PlusRonda akan mengadakan lebih banyak rondaan di lebuh raya bagi meningkatkan tahap keselamatan pada musim cuti hari raya ini.

Pengguna juga boleh mengetahui maklumat trafik semasa melalui radio atau menghubungi Plusline di talian 1800 88 0000. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain